cikHUNNYSclick! click! click! nanti boleh saya dapat sekor hamster =D

PENG-stalker/s

cikHUNNYSWARNING! this blog contains alotalotalotalota of pictures. thank you =D. BEST VIEW WITH FIREFOX =D

Thursday, June 7, 2012

TIPS : Nak kempiskan perut?


assalamu'alaikum.

petang ni, macam biasa, tengok TV lagi,, ehehehe,,
insyaAllah malam nanti nak pegi Bangi,,
saje jalan-jalan,

ha! saya duk tengok Amazing Race skam ni,, emo nih, emo! ada group anak ngan bapak dia,, bapak dia tak leh nak buat halangan jalan atastali tinggi tapi dia macam paksa bapak dia buat,, bapak dia trauma tempat tinggi,, bayangkan lah kena jalan atas tali setinggi bangunan 55 tingkat! dah bapak ko tak dapat nak buat, kenapa ko tak pegi?! ok jangan emo kita sambung apa yang kita patut sambung,,

ok, ada 6 cara untuk kempiskan perut,,


Makan makanan yang betul

Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 



Tinggalkan makanan ringan

Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 



Berhenti makan lewat malam

Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 



Kurangkan minuman bergula dan soda

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 



Jangan berulang air ketika makan. Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulang dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit. 



Lakukan senaman kardio

Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.



#fakta : sit-ups tak dapat buat perut jadi kempis tapi boleh build up muscle kat perut untuk jadi 4/6packs. hanya senaman kardio a.k.a senaman yang boleh naikkan heartbeats macam jog atau berlari je boleh bakar lemak. tak note ye =D 



got it? good!
selamat kempis perut =D


source : Yahoo!

No comments:

:: heart wif u ::