Skip to main content

kamu HARUS baca agar kamu sedar . . .


assalamu'alaikum

Pernah tak semasa kita sedang asyik menikmati makan malam di sebuah restoran atau di warung-warung yang penuh dengan pelanggan..tiba-tiba kita didatangi oleh makcik tua yang datang ke meja kita jual kerepek?

Makcik tu datang berbondong-bondong dengan membawa 2 bungkusan plastik besar kiri dan kanan tangan nya berisikan kerepek-kerepek pisang..dia suruh kita beli. Dia akan pergi dari meja ke meja bertanyakan dengan semua pelanggan yang sedang asyik menikmati hidangan dengan ucapan yang macam ni.

Nak kerepek Kak? Nak kerepek bang? Macam-macam kerepek ada..kerepek pedas..kerepek manis..beli lah bang..beli lah kak..sambil dia keluarkan kerepek dia dan taburkan atas meja kita satu persatu...Beli lah bang..3 bungkus RM10.00 je..beli lah bang..

Makcik tua yang sebaya dengan mak kita tu tak jemu-jemu merayu kita untuk beli kerepek dia.

Wajah tua nya yang berpeluh kepenatan membondong plastik kerepek tu ke hulu ke hilir masih tak hilang..berdiri di sebelah kita dengan penuh harapan.

Kita pun dengan menyampah dan sombong sambil mengunyah makanan yang kita nikmati di samping anak-anak kita..yang sedang sibuk dengan menghirup sup tulang kita..sibuk dengan kailan ikan masin kita..sibuk dengan telur bungkus kita..dengan megah dan bangganya menggeleng kepala kat makcik tua tu..tanpa sepatah kata-kata pun..hanya menggelang sambil menghayun tangan tanda tak nak beli....

Maka dengan perlahan-lahan makcik tua tu simpan balik kerepek-kerepek yang telah dilambakkan atas meja kita tadi sambil berlalu pergi ke meja orang lain dan makcik tu masih lagi tak dapat jual kerepeknya.

Semuanya menggelang tanda tak nak dan semuanya sedang sibuk menjolok mulut dengan makanan yang lazat-lazat..!!!

Apa ni? Apa nak jadi dengan kita ni? Mahal sangat ke harga 3 bungkus kerepek RM10.00 yang makcik tua tu jual? Malu sangat ke kita nak bawak balik kerepek makcik tu? Ohhh..sebab semua orang lain tak nak beli..so kita pun malu nak beli la ya? Aduiii..ni lah orang kita..

Apa kita rasa kalau makcik tua yang jual kerepek tu ialah mak kita? Apa kita rasa kalau orang lain buat mak kita macam tu? Makcik tu hanya mintak RM10.00 dari kita. Kalau kita tak suka makan kerepek tu..dan kita memang tak pernah makan kerepek tu kononnya..tak pe lah..kita beli je lah..lepas tu kerepek tu kita bagilah kat orang lain yang nak makan..

Makcik tu cuma nak RM10.00 jer..Dia tak nak pun banyak-banyak duit kita..Dia tau kita nak bayar ratus – ratus nanti duit makan yang kita sedang nikmati tu..Kesian makcik tu..berlalu dia pergi keluar dari restoran yang penuh sesak tu..tidak ada sesiapa pun yang hirau akan dia..makcik tu mesti belum makan lagi agaknya..makcik tu mesti dahaga sangat belum minum..makcik tu mesti lenguh-lenguh tangan dia mengendong kerepek yang sarat lagi berat tu..siapa lah akan terbuka hati untuk membeli kerepek makcik tu kan?..kesian anak-anak makcik tu..apa lah yang dapat mereka makan hari tu..kalau hasil jualan nya merosot dan tak laku..ke mana makcik tu nak mengadu nasib nya..siapalah yang akan tolong makcik tu nanti.??

Jawapan nya ialah..KITA LAH..!!! Kita lah kena tolong makcik tu..beli lah kerepek dia ..apa salah nya.?? Kejam sangat kita ni kan? Kita sanggup tengok makcik tu beredar dari meja kita dengan kelaparan dan peluh berjurai sedangkan kita bertungkus-lumus menikmati hidangan yang cukup lazat.

Sanggup kita tengok makcik tua tu beredar begitu saja dari meja kita kan? Dimana letaknya simpati kita? Dimana letak nya perasaan belas kita..dimana letaknya perasaan ikhsan kita? Kita tak rasa apa – apa pun kan? Kita tak rasa bersalah kan? Kita masih lagi boleh teruskan makan..pedulikan makcik tu kan? Ada kita kisah??

Tu belum lagi masuk kisah pakcik tua yang datang kat meja kita mintak duit RM2.00..mesti kita halau pakcik tu kan? Mesti kita kata tak ada duit kat pakcik tu kan? Nampak sangat kita ni pembohong..lambakkan makanan yang diatas meja kita tu pun dah lebih RM2.00..air jus oren kita jer dah RM3.50..tu belum masuk kita punya sup ekor yang semangkuk RM6.00 tu..pakcik tu cuma mintak RM2.00 jer..dia nak makan..Bagi lah.. Kita tak akan papa kedana pun kalau bagi pakcik tu RM2.00.

Mungkin kita menyampah dengan pakcik tu yang berpakaian macam orang gila kusut masai semasa mintak duit kat kita yang membuatkan kita langsung tak nak pandang muka dia dan tak nak bagi pun RM2.00 tu kan? Ya lah..dah pakcik tu tak ada duit nak beli baju..memang ler dia serabut jer..tu sebab dia mintak kita RM2.00..tu pun tak cukup untuk beli baju dia..dapat nasi kosong jer..tapi walau apa pun..kita masih tak bagi pakcik tu RM2.00..

Apa yang saya cerita ni adalah drama yang betul-betul berlaku dihadapan mata kita. Kita memang sengaja buat-buat tak nampak sebenarnya. Kebanyakan dari kalangan kita menganggap pakcik tua yang minta duit RM2.00 tu gila dan makcik tua yang jual kerepek tu hanya ‘penyibuk’ je menggangu kita sedang makan...tak pe lah kalau dia gila pun..orang gila pun lapar nak makan juga..dia pun ada perut juga yang perlu diisi. Makcik tu lagi lapar. Berat kerepek yang dia bawa tu.

Mulai dari saat ini kita kena perlu ubah sikap kita..kita kena ambil berat orang yang datang meminta-minta daripada kita ni. Bagi lah kepada mereka apa yang mereka minta. Tunaikanlah hajat mereka.

Mereka pun berhak menikmati hidangan macam kita. Cuma nasib mereka tidak sebaik nasib kita. Nasib...Itu saja yang membezakan antara kita dengan mereka yang susah ni. Hulurkanlah bantuan dengan seikhlas hati. RM2.00 tu sudah cukup menghiburkan hati mereka.

Biarlah mereka berlalu pergi dari meja kita dengan wajah yang berseri-seri dan hati yang seronok sangat selepas mendapat duit dari kita. Andai kata lah semasa pakcik tua tu berlalu pergi dari meja kita tanpa kita ketahui dia mendoakan kesajehteraan kita agar kita ni dimurahkan rezeki dan jika ini berlaku..InsyAllah doa yang semacam ini selalunya makbul..!!!

Belilah kerepek makcik tu..tak rugi..Cuma RM10.00 sahaja. Kita tak akan jatuh papa kedana kalau kita tolong mereka ini. Malah Allah akan tambahkan lagi rezeki kita nanti..!! Itu janji Allah..dan Allah tidak pernah memungkiri janji..

Ingatlah..kesenangan yang kita miliki sekarang hanyalah sementara. Sekelip mata Allah boleh tarik balik, dan yang lebih sadis lagi jangan terkejut kalau suatu hari nanti kita pula akan jadi macam makcik jual kerepek tu..Kita pun boleh jadi macam pakcik tua tu..minta RM2.00 dari meja ke meja...Apa kita rasa masa tu ya?

Entah lah..kita ni selalu terlupa bahawa tidak semua orang senang macam kita...kita ni selalu tak tahu nak makan apa..orang lain tak ada benda pun yang nak dimakan. Kita selalu seronok – seronok jalan – jalan makan angin..orang lain kembung perut masuk angin sebab tak ada benda yang nak dimakan..Kita selalu bertukar – tukar restoran mencari makanan yang lazat-lazat yang masih lagi kita tak jumpa-jumpa..

Orang lain sibuk selongkar tong sampah mencari botol – botol untuk dijual..Kita sibuk memikirkan apa benda lagi yang kita nak angkut dari kedai untuk memenuhkan ruang tamu dirumah kita.. Orang lain sibuk mencari barang-barang terpakai yang orang dah buang untuk diangkut bawak balik ke rumah..

Kita tidur berdengkur dalam bilik tidur yang dingin dan enak dibuai mimpi..Orang lain ramai yang tak boleh tidur..sibuk memikirkan esok nak makan apa? Kita plak sibuk memikir esok nak masak apa?

Selalulah kita kena beringat..kenapa orang ini datang ke meja kita dan mintak duit dari kita..kenapa tak pergi saja kepada orang lain?

Sebab nya..Allah nak duga kita..dalam ramai-ramai manusia atas dunia ni..kita yang terpilih untuk dapat pahala sedekah..tapi kita menolak peluang tu..sebenarnya..orang tu datang nak ambil duit dia daripada kita..rezeki yang ada pada kita ni sebenarnya untuk dikongsi dengan makcik jual kerepek dan pakcik tua yang minta RM2.00 tu..kita tak perasan kan? Kita tak sedar kan? Sombong kita ni kan? Tak malu kita ni makan enak-enak gunakan duit makcik jual kerepek dan pakcik RM2.00 tu..Kejam kita ni kan?

Tak pe lah...cuma kita kena beringat betul-betul..para jutawan yang kaya-raya di luar sana tu adalah lebih bagus dari kita yang tak berduit lagi kedekut ni..

Sebab apa? Sebab para jutawan lah yang akan menjadi seorang dermawan..Mereka lah yang Allah limpahkan rezeki yang mencurah-curah..sebab mereka ni lah yang kerap membantu golongan seperti makcik jual kerepek dan pakcik tua tu..Tu sebab mereka jadi jutawan, hartawan dan dermawan..

Pernah tak kita bersembang dengan jutawan dan para dermawan? Cuba kita tanya para jutawan tu apa amalan yang telah mereka buat? Kita jangan tanya mereka macam mana mereka boleh jadi jutawan?

Memang para jutawan tidak akan bercerita punya..paling kuat pun dia akan cakap ..usaha tu adalah tangga kejayaan..bukan senang nak jadi jutawan ni..kita kena mula dari bawah..itulah jawapan standard yang biasa kita dengar dari para jutawan..itu sebab kita kena tanya para jutawan ni apa amalan yang mereka dah buat..Lepas tu cuba kita bandingkan dengan apa amalan kita yang telah kita buat. Jawapan nya..KOSONG..!!!!

Memang selayaknyalah kita ni Allah sempitkan rezeki dan kayakan mereka..!! Pernah tak kita dengar orang bagi makan nasi tengahari kepada posmen yang datang hantar surat kat rumah kita?

Pernah tak kita ajak posmen tu masuk rumah kita dan makan nasi dengan kita? Macam mana kita nak buat..masa posmen datang kita berada di pejabat..kerja..mesti kita akan kata macam tu kan? Buatlah semasa kita tak kerja..semasa kita bercuti..

Ini lah salah satu amalan yang dibuat oleh seorang jutawan ni..Dia buat benda yang orang lain tak terfikir pun nak buat.Tu belum masuk lagi bab kita panggil orang tukang angkat sampah masuk dalam rumah kita jamu makan nasi tengahari.. Tu sebab Allah limpahkan rezeki para jutawan ni..sebab hatinya ikhlas dan mulia..

Kita? Kita macam ni juga lah..Macam 20 tahun dulu..masih lagi tak ada duit..tak ada duit..dan tak ada duit. Kita janganlah pulak lepas ni sibuk nak panggil posmen dan orang angkat sampah masuk rumah kita makan nasi tengahari agar satu hari nanti kita akan dapat menjadi jutawan? Bukan lah macam tu..

Keikhlasan dari hati yang luhur seseorang itu yang Allah pandang. Kita ikhlaskanlah hati kita dan buatlah kebaikan KERANA ALLAH.

InsyaAllah Allah akan balas balik keikhlasan hati kita melebihi apa yang telah kita buat. Jadilah seorang insan yang suka menghiburkan hati orang lain dan kerap membantu orang lain.

Kita kena buang perangai lama kita yang suka menyakiti hati orang lain. Kita berhijrah untuk menjadi seorang insan yang berguna untuk orang lain.

Sedekah dan bermurah hati itu adalah kunci untuk menjadi seorang jutawan..
Jutawan tu ada 2 jenis...jutawan harta dan jutawan pahala..

Kita rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang jutawan-jutawan tu..

Banyak cara kalau kita nak buat kebaikan..yang selama ni mungkin kita tak pernah terfikir pun nak buat..Apa kata mulai tahun ini kita amalkan tip-tip seperti dibawah ini untuk amalan kebaikan kita..

1.Setiap bulan kita asingkan gaji kita sebanyak 5% dan dengan duit itu kita sedekahkan kepada anak yatim atau sesiapa sahaja yang memerlukan.

2.Setiap hari Jumaat kita masukkan dalam tabung masjid RM10.00..sebulan kita cuma keluarkan perlu RM40.00 sahaja. Tak sampai pun RM50.00. (kita buang jauh – jauh perangai lama kita yang suka sangat masukkan dalam tabung masjid note RM1.00.)

3.Setiap hari kita kena bermurah hati dengan isteri dan anak-anak kita. Jangan kedekut dengan mereka. Belanja lah mereka makan. Bawak lah mereka makan di restoran-restoran mewah sekali-sekala. Jangan asyik bagi anak bini kita makan lauk semalam yang telah diperhangatkan. Tentu mereka bosan!!.

4.Setiap bulan asingkan 10% gaji kita dan serahkan kepada ibu bapa kita untuk duit belanja mereka. Ini adalah kunci syurga kita. Barangsiapa yang menghiburkan/menyenangkan hati kedua ibu-bapa mereka di atas dunia ini. Allah akan pastikan orang yang macam itu akan duduk bersenang lenang dalam syurga nanti. Ramai orang tak tahu dan malas nak ambil tau akan perihal ini. Sebenarnya kunci syurga ni, Allah dah bagi awal-awal kat kita atas dunia ni. Kita je yang tak perasan..Kunci itu ada di tangan kedua ibu bapa kita. Kalau kita berbuat baik kepada mereka. Dengan senang hati kedua ibu bapa kita akan menyerahkan kunci itu kepada kita..tapi kita yang tak mahu..***** sombong kita ni kan?? !!

5.Jangan biarkan orang yang datang meminta-minta di pagar rumah kita berlalu pergi tanpa dapat sesuatu pun dari kita. Setidak-tidaknya bagilah mereka segelas air sejuk untuk menghilangkan dahaga.

6.Tanamkan sifat suka bagi duit kepada kanak-kanak. Tidak kiralah anak siapa pun. Anak kita ke..anak orang ke... Kanak-kanak ni ialah ahli syurga dan mereka memang sukakan duit..Kalau kita hiburkan hati mereka secara tidak langsung kita menghiburkan hati ahli syurga. Itu sebab RasulAllah amat menyayangi dan mengasihi kanak-kanak.

7.Jangan tinggal solat 5 waktu.

Tiada yang mustahil disisi Allah..

InsyAllah suatu hari nanti kita pulak akan menjadi seorang jutawan..Cuba lah dan yakinlah yang memberi rezeki itu adalah Allah..renung2kn..





*taken from my senior's facebook.
betul-betul meresap dalam hati.
thanx
=D

Comments

Anonymous said…
huhu sedih2 seh dgr ceritanya.
hunnys~ said…
a'ah,,sedih kan?
tetiba rasa kecik je diri ni,,
uhu~
Anonymous said…
sentiaasalah kita bersyukur ok...
hunnys~ said…
alhamdulillah~
=D
Anonymous said…
ehm kalau awk jadi jutawan, awak nak buat apa ye dgn duit yg awak ada?
hunnys~ said…
amin~ moga cepat jadi jutawan,,haha!
bwk parent pegi mekah dulu,,
parent kne happy, baru hidup kita berkat =D
the rest, sy nk tolong org susah,,
=D

rezeki dtg dari-Nya,kan, bukan dari manusia =D
Anonymous said…
wish u all the best ya.
semoga impian awak tu tercapai.
dgn keredhaan dan terus menuju jalan kebaikan amin ;D
hunnys~ said…
amin~
insyaAllah,,
=D
thnx =D
Cupee said…
izinkan saye copy paste kisah2 ni kat blog saye ye cik Anis. ;)
hunnys~ said…
::cupee::
lama xnampak? =D
ok, xdehal lah =D

Popular posts from this blog

matrix fwens~

assalamualaikum


seperti yang telah dijanjikan, entry sal manusia-manusia yang telah memporak-porandakan idop saya selama setahun mase saya kat matrix,, eh! bukan bukan! bukan setahun tapi sampai sekarang,, ta boley ke dorang bagi saya aman? haha! kawan-kawan yang akan saya kenang sampai saya mati~

kenape? sebab dorang la yang ceriakan idop saya bila mana saya sedang stress study, bila saya bosan, meroyan, bila sa perlukan teman, bila saya ta dapat tido malam, & bila saya na tiru dorang punyer tutorial,, hehe~ keje meniru jerk! na buat banyak ngat,, haha! alasan ta muna-sabah-sarawak langsung! klo ta bg tutorial banyak-banyak, bile na pandai? jawab! jawab!

pegi mane-mane, musti cukup corum :: 5 orang :: kluz len-len tapi hati tetap bersama,, oh! sedeynye hati klo teringat jaman-jaman matrix,, banyak na citer klo topik matrix di bukak,, setahun ta cukup! ta cukup untuk berkawam tapi cukup untuk belajar,, ta sanggop na belajar kat sane,, hehe~ stress bile study tapi bahagia bile berkawa…

childhood fwens~

assalamualaikum

ta de story na tulis sebenarnye,, tapi kan, tetibe jerk terpikir sal tajuk neyh,, hehe~ anda anda anda mesti ade kan kawan-kawan mase jaman-jaman kecik-kecik kiut miut time muka tade volcanos sume tu kan? =D saya? ramai sangat childhood fwens! mungkin sebab saya comel kot, tu yang ramai na kawan ngan saya,, haha! just kidding~


ramai memang la ramai tapi yang melekatnye hanya dua orang,, dua ke?? dua la kot,, jadik bestfwen smp skam,, wlupn jarang kontek ta mcm dulu, tapi still ta lost kontek,, =D


ade dua orang,, sorang dekat umah, sorang agy jauh cket dari umah,, 



dye baik ngan saya,, dekat ngan umah saya,, dekat jerk,, tapi tu pun jarang pegi,, =D perap je kat umah, cane na pegi,, haha! tuannye ganas-ganas cket tapi hati baek~ ta pena pun gado ngan dye tau! dari sekolah rendah agy,, dajah 3 sampai skam,, =D ngan orang len dye gado jgk,, haha! ngan saya je tak,, special punyer! =D dye baek ngan saya,, selalu bawak saya jalan-jalan round kawasan perumahan,, saya bonceng je,…

ur my BFF~

i've been tagged by my own BFF ever ever ever BFF 'bout diz,, =D

i'm sorry fer everything that happened to us past few years ago,, ='(


 ***********

Friends : call your parents by mr and mrs.. Best Friends : call your parents dad and mom..
Friends : has never seen you cry.. Best Friends : has always had the best shoulder to cry on..
Friends : never asks for anything to eat or drinks.. Best Friends : opening the fridge and makes herself at home..
Friends : asks you to write down your phone numbers.. Best Friends : she asks to you for her numbers..
Friends : borrow stuff for a few days then gives it back.. Best Friends : has a closet full of your stuff..
Friends : only knows a few things abaout you.. Best Friends : could write biography on your story..
Friends : will leave you behind if that is what the crowd is doing.. Best Friends : will always go with u together.. ------------------------------ how far you know about your lovely BFF.. answer this :

1. Tempat pertama bertemu dan pada tahu…