cikHUNNYSclick! click! click! nanti boleh saya dapat sekor hamster =D

PENG-stalker/s

cikHUNNYSWARNING! this blog contains alotalotalotalota of pictures. thank you =D. BEST VIEW WITH FIREFOX =D

Sunday, December 2, 2012

December 2012

Assalamualaikum


sekarang ni saya duk umah, cuti sebulan setengah =D happy holiday to me! yela, anak murid cuti, saya pun kena cuti jugak,, hehe ^^

keje makan tido makan tido besarkan badan pastu jadi ketua program pastu belajar masak *oh! the best part! hari tu belajar buat ketupat sutun, pastu belajar masak rendang ayam & many more ^^ tak ingta takpe asalkan ada pengalaman,, ye dak? hehe

&&& habes je tahun ni, insyaAllah, melangkah lagi setapak; semester 5. hummmm~ semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga saya tabah, cekal & banyak bersabar dalam segala hal, insyaAllah~

kawan-kawan sume dah habes belajar,, ada yang grad tahun ni, ada yang tahun depan. soo jealous! saya?? i still have two more years to finish my study,, kalah orang yang belajar doktor beb! takpe! rilex, jangan gelabah tapi mood saya sekarang agak down bila pikir pasal kerjaya saya. haih~ rase macam tak mampu tapi saya takleh nak berundur. takpe, teruskan! dengan izin Allah, dengan hati yang cekal, teruskan, pasti ada sesuatu di depan yang kita tak tahu kan =)

so, course untuk sem depan dah ada,, 8 sumenye,, semoga berjaya, kawan-kawan!




p/s : ahhhh! lapar nak makan soto ayam ler pulak ==" esok atau lusa la buat =)

Tuesday, November 6, 2012


awok, saya rindu ko awok. sungguh. kadang-kadang, datang tetiba perasan rindu tu. saya nangis. malam ni saya rindu awok lagi. tapi apa yang saya boleh buat. mesej awok? segan. awkward. sebab dulu lain, dan sekarang lain. dulu kita kongsi macam-macam. sekarang, betapa segannya saya ngan awok. saya nak kita macam dulu tapi macam mustahil untuk berkongsi kesemuanya macam dulu. ada dinding tapi masih, kita berbicara, berborak, berjumpa. awok, awok tahu sapa awok kan? saya tak pernah ada saem macam awok. kebaikan yang awok buat kat saya, tak pernah saya lupa. awok, kerja elok-elok ye. bawak kete leklok. jangan langgar pagar rumah lagi.





p/s : saya memang rindukan awok ='(

Wednesday, October 24, 2012

#XPDC Trans Chemerong-Berembun-Lansir

assalamualaikum!

hai uolls! iolls akhirnya update blog setelah mengepost beberapa patah perkataan,,hehe,, hari tu, saya ke Gunung Tebu,,it is just a training to go to Tahan Mountain but unfortunately i didn't go to Tahan Mountain because i don't confident with my strength. saya ingatkan dah nak bersara setelah sekali je naik gunung tapi tapi tapi setelah diajak untuk next xpdc nih, rase macam rindu pulak & akhirnya membubuh namo.

den sonarnyo 2,3 kali jugak duk men tarik tali nak pogi ke tidok,,last-last buh jugak nama sebab katanya misi utama adalah nak tengok air terjun,,den memang suko air nih =D xpdc ni bermula pada 18 Oktober 2012 - 21 Oktober 2012.  4hari 3malam (1hari 1malam berada kat hutan lipur chemerong sebelum naik gunung)

hari pertama mendaki, hujan turun dengan ummmmm xtaula lebat ke tak sebab jalan bawah pokok kan tapi rase macam lebat =.=" xpdc kali ni, hari pertama memang teruk sikit sebab kami terus ke puncak gunung,, sehari naik, 2hari turun,, ehhhhhhh! kenapa turun sampai 2hari?? sabarrrr~ cite baru nak bermula kot! kasi la panjang sikit sebab pasni lam 3bulan pulak saya tak hapdet,,hahahahaha!



kawasan bonzai

pitcher plant =D

xtau tunjuk gunung ape =.="'

jangan ditanya berapa km/h mahupun horsepower saya guna untuk naik,, labi-labi pun boleh menang kalau nak dibandingkan ngan saya =.=" sampai satu tahap, nak angkat kaki pun tak larat,, daki punya daki punya daki akhirnya sampai la jugakkkkkk kat puncak tu,, bila kira balik, jalan start pukul 8 pagi dan sampai lam pukul 5 petang,, lama habaq hang! cuaca waktu kat puncak tu sangat sejukkkkk sebab hujan. boleh verangan macam duk oversea jap sebab berasap bile bercakap,,hikhikhik =D







oh ya! mesti anda tertanya-tanya how do i pray, right? walaupun dalam hutan, solat takleh tinggal melainkan uzur yna dibenarkan,, bila hiking, takdenye saya nak bawak kain solat yang tebal tu,,takde takde takde,,banyak space pulak nanti,,penyelesaiannya? baju hujan yang tebal =D alhamdulillah~




kami teruskan lagi sampai la jumpa air terjun lansir,, saya xtau ape nama sebenar air terjun tu, lansir ke, langsir? kalau kat papan tanda tulis lansir, kalau search, langsir,, tak kesah la nama ape pon, janji chantek,,haha! air terjun lansir/langsir ni air terjun yang paling tinggi kat asia,, ni satu lagi info yang saya pun tak pasti,, kalau air terjun lansir ni paling tinggi, habes tu air terjun kat gunung stong tu paling ape?? mohon cari sendiri kalau nak tau,,haha!




Lata Lesung, maybe,,lupaaaa~

ni baru lah air terjun langsir!

nk tgk air terjunnya perlu turun lagi ye,,saya gayat =.="


rumie =D

hari kedua, start turun dah,, turun separuh dulu sebab separuh hari kitorang nak mandi manda,,haha! sebab tulah turun jadi 2hari,,banyak nak main air,,hehe~ air die sejukkkk sangat,, mase kitorang turun, cuaca dah panas,, hari ketiga pun sama, turun turun turun,, agak malang apabila beberapa ahli kena serbu ngan peringat,, do you know peringat the small little animal yang terbang-terbang die panik kite pun panik pastu mula la sengat orang,,yup! that thing. alhamdulillah, everything's alright. handle with care =D & hari ketiga ni hujan turun lagi,,so, naik hujan, turun hari last pun hujan,, sejuk je mase jalan,,

ni kat Sungai Bangang. don't know why they call it like that =.="


guides yang bawak kitorang cakap, kitorang agak laju berbanding group sebelum-sebelum ni,,katanya, kalau group lain, ada yang kena jalan waktu malam,, alhamdulillah, group kami sampai puncak kul 5 petang lagi,, kalau kena jalan malam, xtau la cane keadaan saya nanti,,uhuk~ by the way, group kami semuanya 41orang =D

long enough to cover about 3months ahead? hehehehe,, okla,, need to go,, da big bro burger is waiting for me but i don't think I'll order it 'cuz i'm full,, cuma rase nak keluar sebab takde orang kat aras =.=" tata!



p/s : ada ahli yang nak pegi hiking kat luarnegara cuti akhir tahun ni. memang minat ngan gunung betol die kan =D selamat berjaya & selamat pegi dan balik ye =D

Soonerrrr

Assalamualikum! Ahaiiii! Salam ceria salam 1 Malaysia! Ewahhhh~ haha! 

Hajat dihati mau menulis tapi apakan daya karangan berjela-jela hilang begitu saja namun jangn risau jangan hampa suatu hari akan ku tulis jua cuma bukan sekarang waktunya,,

Itu saja untuk kali ni jangan marah mohon  sabar selamat hari raya aidiladha =D

Sunday, October 7, 2012

SELAMAT HARI MELIHAT DUNIA YANG KE 22 TAHUN


assalamualaikum

alhamdulillah, genap sudah insan bernama Nik Nurfarhanis Binti Kamarudin ni berumur 22tahun pada 5 Oktober yang lalu,, oh! semua orang sekeliling dah tanya bila nak kawen,, why oh why?! umo wajib kawen ke ape? adik guwa dah mintak anak sedara! helllooooooo???? kakak korang tak habes belajar lagi lah! nak kena hempuk ngan mak kesayangan korang ke???

my friends made a 'surprise' kononnya,,last2 kantoi,,haha! on that day, i went to Open Day IPG,,saje jalan-jalan sebab stress buat esaimen dan balik2 tengok ada selipar depan bilik & lampu bilik terbukak,, ketuk2 tak nak jawab,, pastu tetiba lampu tertutup dan dengar orang duk cakap2,,still, tak nak jugak bukak pintu,,aiyark! korang punya surprise amende gitu depan mata ada selipar & tutup lampu,,haha!

bukak pintu terus dorang nyanyi,, still, terkejut jugak sebab tak sangka ada kek,,memang tak sangka,,ingatkan saje nak men kunci2 pintu =D thnx friends!

dan hari ni baru berkesempatan nak wish kat diri sendiri sebab malam birthday, saya sambut ngan esaimen Teknologi dalam Pengajaran dan Pendidikan,, gila stress! &&& hari ni last hantar sume esaimen. phew! lega tak leh nak cakap! kawan-kawan terus pegi terjun sungai untuk meraikannya,,saya?? qada' tido,, hahahahha! mana tak qada' bile tetiap malam tido pukul 4,5pagi =.="


dear myself,

happy belated birthday. i know you're tired. try to relax a bit. you're a positive thinker, so relax. don't be sad. i know you miss you parents. they miss you too. bear with it for two more years and after this plus plus plus =.="

and please! save your money!!!! sighs! how many times i need to tell you to save your money? stubborn girl! pulas telinga baru tau!

so, live your life well,, jangan tinggal solat, on time ye,, doa untuk abah & chek, adik beradik tau,,doa untuk diri sendiri jugak,, good luck on your exam, dear! take care! muahmuahmuah =D

sincerely,
yourself!


they call me 'kakak bekeng' =.="


thnx for the presents nini & tie =D

birthday girl =D

Wednesday, October 3, 2012

Hari Terbuka IPGKDRI =D


assalamualaikum!

alhamdulillah, dalam sibuk duk selesaikan esaimen bio & folder PJ untuk hantar esok, sempat jugak bukak blog sebab nak update,, rajin beno tangan,, esaimen bio mohon tangan laju macam ni ye =D

okeyh! hari ini, 3 Oktober 2012 (Rabu) sehingga 6 Oktober 2012 (Sabtu) merupakan Hari Terbuka IPGKDRI. hari terbuka ni julung-julung kali diadakan kat sini. jadiiiiiiiiii, meh la datang ramai-ramai yang mana duk berdekatan IPG tuuuu,, meh support kitorang meh =D

sekarang ni sedang berlangsung acara perasmian pembukaan hari terbuka. macam eksaited gitu. hehehe,, macam-macam ade! autoshow ada, pc fair ade, makanan ade, minuman ade, nyanyi pun ade =D jemput datang ramai-ramai ye! boleh jugak tengok kehidupan kitorang kat sini =D



Saturday, September 22, 2012

BIG SEM IV - OHSEM!


assalamualaikum

baru-baru ni, Program Bina Insan Guru untuk Semester 4 telah pun berlangsung,, ni merupakan BIG terakhir saya sebab sem depan dah takde,, busy ngan praktikum pulok yeeee,, kali ni, BIG kitoranag adalah Program Anak Angkat,, 5 unit terlibat dalam menjayakan BIG kali ni,, great works, great people! =D 

Program Bina Insan Guru Sem 4 - Program Anak Angkat
30 Ogos 2012 - 1 September 2012
Kampung Minda & Kampung Talong, Dungun, Terengganu

macam-macam pengalaman ada,, pengalaman hidup ngan orang susah, hidup kampung yang mostly mandi air bukit (sejuk sampai ke tulang!), hidup malam-malam lam bilik takde kipas & lampu (lampu ada kat luar je) & macam-macam lagi lah!

dalam banyak-banyak emmori, satu je yang saya takkan lupa,, pengalaman naik motor,, pengangkutan utama kat sana hanya motosikal,, last saya bawak moto mase Form 3,, nak panaskan otak nak ingat balik cane bawak motor, nak gather balik semangat bwk motor tu, phew!

ada jugak kawan yang belaja dalam masa 2saat pastu terus bawak motor,, nak tak nak memang kena bwk jugak sbb aktiviti mostly buat kat sekolah & sekolahnye jaohhhh banget deh,, takkan nak suh mami dedi angkat hantar setiap masa kan,, uhu,,

&&& tiap kali saya bawak motor, kalau takde peristiwa 'manis' memang tak sah! sebelum ni pernah jugak try nak bawak motor masa kat umah, bawaksekali round, pastu langgar pasu sebab lupa nak break =.=" mujur tak pecah pasu,, mase kat kampung tu, seronok bawak, sampai satu selekoh, terbabas tepi jalan! good try bebeyh! bila ingat balik mesti nak gelak,, haha! tapi takpe, pengalaman mematangkan seseorang *takde kaitan =.="


having tea-time kat umah mak angkat salah sorg dari dorang =D

mandi sungei

along yang hensem!


mami dedi angkat saya =D



panaskan otak; blaja naik motor =.="

dilarang tiru,,kat kampung je boleh buat gini tau!


alhamdulillah,, program tu berjalan dengan lancar,, sebelum saya mengundurkan diri, saya mohon maaf jika saya ada membuat sebarang kesilapan,, kite nak tdo, kena bermaaf-maafan kan? =D sehingga bertemu di lain post =D


p/s : due date assignments dah dekat,, ketaq kepala lutut, lembik otak, lenguh tangan nak siapkan =.=" doakan semoga saya berjaya ye kawang-kawang! =D

Friday, September 21, 2012

S III vs iPhone 5?


assalamualaikum.

lama nye tak menulis! busy, malas, takde mood & lain-lain,, haha!
seperti y kita tau, iPhone baru je lancarkan produk terbaru iaitu iPhone 5. hummmm, saya ni takde la amek tau sangat tapi dengar-dengar ramai yang ternanti-nanti ngan produk terbaru ni,, bila dah keluar, ehhhhhhh! same je,, panjang je lebih sikit,, upgrade sistem kot,, entahla,, mohon maaf kepada pengguna iPhone,, tak berani nak cakap pape pasal benda ni,,

&&& dapat tau jugak syarikat iPhone saman syarikat Samsung,, haih! macam-macam,, takpe la,,semoga bahagia! haha! oh! tadi jalan-jalan tengok blog dan jumpa gambar ni,, cool enough to make me proud of Samsung =D



p/s : dengar-dengar Feb depan Samsung nak keluarkan S IV pulak,, tak terkejar dek enset teknologi ambe,, tudung pun dah tak terkejar inikan enset beriban =.="

Thursday, July 19, 2012

HANDPHONE DI SEKOLAH?!



PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.





p/s : adakah sekolah akan jadi macam sekolah dah pasni? sekarang pun dah lain,, 
bakal student saya, w/pun kerajaan benarkan, STILL, NO HANDPHONE!

Sunday, July 8, 2012

Saturday, July 7, 2012

Sebuah kisah utk renungan kita bersama..

Assalamualaikum,

Pagi ini rutin ana seperti biasa, dan antaranya pergi menziarahi opah ana dan membeli makanan untuknya makan tengahari. Cuma hari ini tidak macam biasa dan ia suatu pagi yang sangat memberi keinsafan khususnya pada ana. Ana kongsi kisah ini supaya kita sama-sama dapat pengajaran darinya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, ana ternampak seorang tua berjalan lalu ana berhenti dan memberinya tumpang. Seorang nenek yang ingin ke klinik. Ana lihat kakinya berdarah, dia sakit lutut dan jalan terhuyung hayang. Sampai saja di klinik yang dituju, ana lihat klinik sudah tutup. Ditanya kenapa ke klinik Kook dan dia jawab badannya sudah gatal-gatal, ubat dah hilang xtau ke mana. Jadi ana bawa nenek ini ke sebuah lagi klinik dan nenek berkata tak perlu lah sebab beliau tidak berduit. Katanya doktor klinik Kook itu (doktor bukan Islam) memberinya ubat percuma, tak macam klinik-klinik lain. Nenek seorang yang miskin, mendapat bantuan Rm150 setiap bulan.

Dalam perjalanan, ana bertanya namanya dan umurnya. Beliau sudah berumur 83 tahun. Katanya hari ini lupa bawa tongkat, penat sikit jalan ke pekan. Ya Allah, nenek ini berjalan berkilometer ke pekan. Anaknya? Jirannya? Tiada yang nak membantu ke? Sampai di klinik terus daftarkan nenek. Ana ambil kad pengenalannya dan biarkan dia duduk. Kaki nenek nampak sangat penat dan berdarah. Nenek dapat nombor ke 23 jadi terpaksa tunggu.

Sambil menunggu bertemulah nenek dengan saudara lamanya. Nenek sudah lupa nama mereka tapi mereka ingat nenek. Lalu ditanya siapa ana, dimana anaknya dan sebagainya. Nenek ceritakan yang anaknya duduk di Ipoh, bekerja sebagai posmen dan ada anak yang bersekolah. Nenek tak duduk dengan anaknya sebab isterinya tidak suka kehadiran nenek. Nenek rindukan anaknya. Ana tersentak bila nenek kata anaknya datang setiap bulan tapi diminta bersama duit saku. Nenek kata biasanya dia beri RM100 pada anaknya dan RM50 disimpan untuk makan. Anak ini…ibunya keseorangan dan beliau hanya balik meminta wang saku? Hanya Allah Maha Mengetahui. Saudara nenek agak berang dan kata bunyi macam anak derhaka. Nenek memotong kata dan mengatakan anaknya sayang padanya, cuma isterinya tidak. Begitu pula?

Sebaik saja nenek habis check up, kami menunggu ubat. Saudara nenek menghulurkan nenek Rm50 sebagai sedekah, lagipun nenek memang golongan asnaf. Inilah kewajipan membayar zakat, untuk membantu orang seperti nenek. Nenek hulurkan wang pada ana untuk membayar perubatan dan ana menolak dan gunakan saja duit ana, duit ana milik Allah, ana pinjam dari Allah. Nenek kata bayarlah untuk minyak, minyak makin mahal. Ana menjawab, minyak juga milik Allah, ana meminjamnya saja. Kereta ana pun milik Allah, jika Allah ambil kembali maka tidak berkeretalah ana.

Nama nenek dipanggil dan ana ambil ubatnya. Bila ditanya berapa penolong klinik kata percuma. Alhamdulillah, ana ditemukan dengan doktor yang amat memahami. Nenek tersenyum dan kami bergegas balik. Rumah nenek jauh, kereta ana ke rumah nenek pun dalam 15 minit, bayangkan jika nenek berjalan kaki dan kaki yang lemah. Sampai di rumah yang hampir kosong, nenek mengajak ana minum dan masih ingin menghulurkan Rm50 yang diterimanya tadi. Ana menolak dan memberinya sedikit bantuan wang ringgit dan makanan (nenek minta dibelikan ikan mentah di pasar supaya boleh goreng, jadi ana beli 5 ekor) sebagai tanda kesyukuran ana kerana nikmat kesihatan dan kebaikan yang Allah kurniakan pada ana.

Ana berharapkan insaflah anak nenek kerana biarkan ibunya sendirian, mementingkan isterinya dan tidak menjaga ibunya di saat ibunya memerlukan. Jika Alqamah tidak mampu mengucap akibat derhaka pada ibunya, inikan pula kita. Rasulullah pernah bersabda, “Redha Allah bergantung kepada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung kepada murka kedua ibu dan bapa.” Riwayat Hakim. Ya Allah, semoga ana tidak menjadi anak yang derhaka. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.



p/s : from my senior's page; again,,
Alhamdulillah~
thanks senior untuk kesedaran ni (':

Thursday, June 21, 2012

kamu HARUS baca agar kamu sedar . . .


assalamu'alaikum

Pernah tak semasa kita sedang asyik menikmati makan malam di sebuah restoran atau di warung-warung yang penuh dengan pelanggan..tiba-tiba kita didatangi oleh makcik tua yang datang ke meja kita jual kerepek?

Makcik tu datang berbondong-bondong dengan membawa 2 bungkusan plastik besar kiri dan kanan tangan nya berisikan kerepek-kerepek pisang..dia suruh kita beli. Dia akan pergi dari meja ke meja bertanyakan dengan semua pelanggan yang sedang asyik menikmati hidangan dengan ucapan yang macam ni.

Nak kerepek Kak? Nak kerepek bang? Macam-macam kerepek ada..kerepek pedas..kerepek manis..beli lah bang..beli lah kak..sambil dia keluarkan kerepek dia dan taburkan atas meja kita satu persatu...Beli lah bang..3 bungkus RM10.00 je..beli lah bang..

Makcik tua yang sebaya dengan mak kita tu tak jemu-jemu merayu kita untuk beli kerepek dia.

Wajah tua nya yang berpeluh kepenatan membondong plastik kerepek tu ke hulu ke hilir masih tak hilang..berdiri di sebelah kita dengan penuh harapan.

Kita pun dengan menyampah dan sombong sambil mengunyah makanan yang kita nikmati di samping anak-anak kita..yang sedang sibuk dengan menghirup sup tulang kita..sibuk dengan kailan ikan masin kita..sibuk dengan telur bungkus kita..dengan megah dan bangganya menggeleng kepala kat makcik tua tu..tanpa sepatah kata-kata pun..hanya menggelang sambil menghayun tangan tanda tak nak beli....

Maka dengan perlahan-lahan makcik tua tu simpan balik kerepek-kerepek yang telah dilambakkan atas meja kita tadi sambil berlalu pergi ke meja orang lain dan makcik tu masih lagi tak dapat jual kerepeknya.

Semuanya menggelang tanda tak nak dan semuanya sedang sibuk menjolok mulut dengan makanan yang lazat-lazat..!!!

Apa ni? Apa nak jadi dengan kita ni? Mahal sangat ke harga 3 bungkus kerepek RM10.00 yang makcik tua tu jual? Malu sangat ke kita nak bawak balik kerepek makcik tu? Ohhh..sebab semua orang lain tak nak beli..so kita pun malu nak beli la ya? Aduiii..ni lah orang kita..

Apa kita rasa kalau makcik tua yang jual kerepek tu ialah mak kita? Apa kita rasa kalau orang lain buat mak kita macam tu? Makcik tu hanya mintak RM10.00 dari kita. Kalau kita tak suka makan kerepek tu..dan kita memang tak pernah makan kerepek tu kononnya..tak pe lah..kita beli je lah..lepas tu kerepek tu kita bagilah kat orang lain yang nak makan..

Makcik tu cuma nak RM10.00 jer..Dia tak nak pun banyak-banyak duit kita..Dia tau kita nak bayar ratus – ratus nanti duit makan yang kita sedang nikmati tu..Kesian makcik tu..berlalu dia pergi keluar dari restoran yang penuh sesak tu..tidak ada sesiapa pun yang hirau akan dia..makcik tu mesti belum makan lagi agaknya..makcik tu mesti dahaga sangat belum minum..makcik tu mesti lenguh-lenguh tangan dia mengendong kerepek yang sarat lagi berat tu..siapa lah akan terbuka hati untuk membeli kerepek makcik tu kan?..kesian anak-anak makcik tu..apa lah yang dapat mereka makan hari tu..kalau hasil jualan nya merosot dan tak laku..ke mana makcik tu nak mengadu nasib nya..siapalah yang akan tolong makcik tu nanti.??

Jawapan nya ialah..KITA LAH..!!! Kita lah kena tolong makcik tu..beli lah kerepek dia ..apa salah nya.?? Kejam sangat kita ni kan? Kita sanggup tengok makcik tu beredar dari meja kita dengan kelaparan dan peluh berjurai sedangkan kita bertungkus-lumus menikmati hidangan yang cukup lazat.

Sanggup kita tengok makcik tua tu beredar begitu saja dari meja kita kan? Dimana letaknya simpati kita? Dimana letak nya perasaan belas kita..dimana letaknya perasaan ikhsan kita? Kita tak rasa apa – apa pun kan? Kita tak rasa bersalah kan? Kita masih lagi boleh teruskan makan..pedulikan makcik tu kan? Ada kita kisah??

Tu belum lagi masuk kisah pakcik tua yang datang kat meja kita mintak duit RM2.00..mesti kita halau pakcik tu kan? Mesti kita kata tak ada duit kat pakcik tu kan? Nampak sangat kita ni pembohong..lambakkan makanan yang diatas meja kita tu pun dah lebih RM2.00..air jus oren kita jer dah RM3.50..tu belum masuk kita punya sup ekor yang semangkuk RM6.00 tu..pakcik tu cuma mintak RM2.00 jer..dia nak makan..Bagi lah.. Kita tak akan papa kedana pun kalau bagi pakcik tu RM2.00.

Mungkin kita menyampah dengan pakcik tu yang berpakaian macam orang gila kusut masai semasa mintak duit kat kita yang membuatkan kita langsung tak nak pandang muka dia dan tak nak bagi pun RM2.00 tu kan? Ya lah..dah pakcik tu tak ada duit nak beli baju..memang ler dia serabut jer..tu sebab dia mintak kita RM2.00..tu pun tak cukup untuk beli baju dia..dapat nasi kosong jer..tapi walau apa pun..kita masih tak bagi pakcik tu RM2.00..

Apa yang saya cerita ni adalah drama yang betul-betul berlaku dihadapan mata kita. Kita memang sengaja buat-buat tak nampak sebenarnya. Kebanyakan dari kalangan kita menganggap pakcik tua yang minta duit RM2.00 tu gila dan makcik tua yang jual kerepek tu hanya ‘penyibuk’ je menggangu kita sedang makan...tak pe lah kalau dia gila pun..orang gila pun lapar nak makan juga..dia pun ada perut juga yang perlu diisi. Makcik tu lagi lapar. Berat kerepek yang dia bawa tu.

Mulai dari saat ini kita kena perlu ubah sikap kita..kita kena ambil berat orang yang datang meminta-minta daripada kita ni. Bagi lah kepada mereka apa yang mereka minta. Tunaikanlah hajat mereka.

Mereka pun berhak menikmati hidangan macam kita. Cuma nasib mereka tidak sebaik nasib kita. Nasib...Itu saja yang membezakan antara kita dengan mereka yang susah ni. Hulurkanlah bantuan dengan seikhlas hati. RM2.00 tu sudah cukup menghiburkan hati mereka.

Biarlah mereka berlalu pergi dari meja kita dengan wajah yang berseri-seri dan hati yang seronok sangat selepas mendapat duit dari kita. Andai kata lah semasa pakcik tua tu berlalu pergi dari meja kita tanpa kita ketahui dia mendoakan kesajehteraan kita agar kita ni dimurahkan rezeki dan jika ini berlaku..InsyAllah doa yang semacam ini selalunya makbul..!!!

Belilah kerepek makcik tu..tak rugi..Cuma RM10.00 sahaja. Kita tak akan jatuh papa kedana kalau kita tolong mereka ini. Malah Allah akan tambahkan lagi rezeki kita nanti..!! Itu janji Allah..dan Allah tidak pernah memungkiri janji..

Ingatlah..kesenangan yang kita miliki sekarang hanyalah sementara. Sekelip mata Allah boleh tarik balik, dan yang lebih sadis lagi jangan terkejut kalau suatu hari nanti kita pula akan jadi macam makcik jual kerepek tu..Kita pun boleh jadi macam pakcik tua tu..minta RM2.00 dari meja ke meja...Apa kita rasa masa tu ya?

Entah lah..kita ni selalu terlupa bahawa tidak semua orang senang macam kita...kita ni selalu tak tahu nak makan apa..orang lain tak ada benda pun yang nak dimakan. Kita selalu seronok – seronok jalan – jalan makan angin..orang lain kembung perut masuk angin sebab tak ada benda yang nak dimakan..Kita selalu bertukar – tukar restoran mencari makanan yang lazat-lazat yang masih lagi kita tak jumpa-jumpa..

Orang lain sibuk selongkar tong sampah mencari botol – botol untuk dijual..Kita sibuk memikirkan apa benda lagi yang kita nak angkut dari kedai untuk memenuhkan ruang tamu dirumah kita.. Orang lain sibuk mencari barang-barang terpakai yang orang dah buang untuk diangkut bawak balik ke rumah..

Kita tidur berdengkur dalam bilik tidur yang dingin dan enak dibuai mimpi..Orang lain ramai yang tak boleh tidur..sibuk memikirkan esok nak makan apa? Kita plak sibuk memikir esok nak masak apa?

Selalulah kita kena beringat..kenapa orang ini datang ke meja kita dan mintak duit dari kita..kenapa tak pergi saja kepada orang lain?

Sebab nya..Allah nak duga kita..dalam ramai-ramai manusia atas dunia ni..kita yang terpilih untuk dapat pahala sedekah..tapi kita menolak peluang tu..sebenarnya..orang tu datang nak ambil duit dia daripada kita..rezeki yang ada pada kita ni sebenarnya untuk dikongsi dengan makcik jual kerepek dan pakcik tua yang minta RM2.00 tu..kita tak perasan kan? Kita tak sedar kan? Sombong kita ni kan? Tak malu kita ni makan enak-enak gunakan duit makcik jual kerepek dan pakcik RM2.00 tu..Kejam kita ni kan?

Tak pe lah...cuma kita kena beringat betul-betul..para jutawan yang kaya-raya di luar sana tu adalah lebih bagus dari kita yang tak berduit lagi kedekut ni..

Sebab apa? Sebab para jutawan lah yang akan menjadi seorang dermawan..Mereka lah yang Allah limpahkan rezeki yang mencurah-curah..sebab mereka ni lah yang kerap membantu golongan seperti makcik jual kerepek dan pakcik tua tu..Tu sebab mereka jadi jutawan, hartawan dan dermawan..

Pernah tak kita bersembang dengan jutawan dan para dermawan? Cuba kita tanya para jutawan tu apa amalan yang telah mereka buat? Kita jangan tanya mereka macam mana mereka boleh jadi jutawan?

Memang para jutawan tidak akan bercerita punya..paling kuat pun dia akan cakap ..usaha tu adalah tangga kejayaan..bukan senang nak jadi jutawan ni..kita kena mula dari bawah..itulah jawapan standard yang biasa kita dengar dari para jutawan..itu sebab kita kena tanya para jutawan ni apa amalan yang mereka dah buat..Lepas tu cuba kita bandingkan dengan apa amalan kita yang telah kita buat. Jawapan nya..KOSONG..!!!!

Memang selayaknyalah kita ni Allah sempitkan rezeki dan kayakan mereka..!! Pernah tak kita dengar orang bagi makan nasi tengahari kepada posmen yang datang hantar surat kat rumah kita?

Pernah tak kita ajak posmen tu masuk rumah kita dan makan nasi dengan kita? Macam mana kita nak buat..masa posmen datang kita berada di pejabat..kerja..mesti kita akan kata macam tu kan? Buatlah semasa kita tak kerja..semasa kita bercuti..

Ini lah salah satu amalan yang dibuat oleh seorang jutawan ni..Dia buat benda yang orang lain tak terfikir pun nak buat.Tu belum masuk lagi bab kita panggil orang tukang angkat sampah masuk dalam rumah kita jamu makan nasi tengahari.. Tu sebab Allah limpahkan rezeki para jutawan ni..sebab hatinya ikhlas dan mulia..

Kita? Kita macam ni juga lah..Macam 20 tahun dulu..masih lagi tak ada duit..tak ada duit..dan tak ada duit. Kita janganlah pulak lepas ni sibuk nak panggil posmen dan orang angkat sampah masuk rumah kita makan nasi tengahari agar satu hari nanti kita akan dapat menjadi jutawan? Bukan lah macam tu..

Keikhlasan dari hati yang luhur seseorang itu yang Allah pandang. Kita ikhlaskanlah hati kita dan buatlah kebaikan KERANA ALLAH.

InsyaAllah Allah akan balas balik keikhlasan hati kita melebihi apa yang telah kita buat. Jadilah seorang insan yang suka menghiburkan hati orang lain dan kerap membantu orang lain.

Kita kena buang perangai lama kita yang suka menyakiti hati orang lain. Kita berhijrah untuk menjadi seorang insan yang berguna untuk orang lain.

Sedekah dan bermurah hati itu adalah kunci untuk menjadi seorang jutawan..
Jutawan tu ada 2 jenis...jutawan harta dan jutawan pahala..

Kita rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang jutawan-jutawan tu..

Banyak cara kalau kita nak buat kebaikan..yang selama ni mungkin kita tak pernah terfikir pun nak buat..Apa kata mulai tahun ini kita amalkan tip-tip seperti dibawah ini untuk amalan kebaikan kita..

1.Setiap bulan kita asingkan gaji kita sebanyak 5% dan dengan duit itu kita sedekahkan kepada anak yatim atau sesiapa sahaja yang memerlukan.

2.Setiap hari Jumaat kita masukkan dalam tabung masjid RM10.00..sebulan kita cuma keluarkan perlu RM40.00 sahaja. Tak sampai pun RM50.00. (kita buang jauh – jauh perangai lama kita yang suka sangat masukkan dalam tabung masjid note RM1.00.)

3.Setiap hari kita kena bermurah hati dengan isteri dan anak-anak kita. Jangan kedekut dengan mereka. Belanja lah mereka makan. Bawak lah mereka makan di restoran-restoran mewah sekali-sekala. Jangan asyik bagi anak bini kita makan lauk semalam yang telah diperhangatkan. Tentu mereka bosan!!.

4.Setiap bulan asingkan 10% gaji kita dan serahkan kepada ibu bapa kita untuk duit belanja mereka. Ini adalah kunci syurga kita. Barangsiapa yang menghiburkan/menyenangkan hati kedua ibu-bapa mereka di atas dunia ini. Allah akan pastikan orang yang macam itu akan duduk bersenang lenang dalam syurga nanti. Ramai orang tak tahu dan malas nak ambil tau akan perihal ini. Sebenarnya kunci syurga ni, Allah dah bagi awal-awal kat kita atas dunia ni. Kita je yang tak perasan..Kunci itu ada di tangan kedua ibu bapa kita. Kalau kita berbuat baik kepada mereka. Dengan senang hati kedua ibu bapa kita akan menyerahkan kunci itu kepada kita..tapi kita yang tak mahu..***** sombong kita ni kan?? !!

5.Jangan biarkan orang yang datang meminta-minta di pagar rumah kita berlalu pergi tanpa dapat sesuatu pun dari kita. Setidak-tidaknya bagilah mereka segelas air sejuk untuk menghilangkan dahaga.

6.Tanamkan sifat suka bagi duit kepada kanak-kanak. Tidak kiralah anak siapa pun. Anak kita ke..anak orang ke... Kanak-kanak ni ialah ahli syurga dan mereka memang sukakan duit..Kalau kita hiburkan hati mereka secara tidak langsung kita menghiburkan hati ahli syurga. Itu sebab RasulAllah amat menyayangi dan mengasihi kanak-kanak.

7.Jangan tinggal solat 5 waktu.

Tiada yang mustahil disisi Allah..

InsyAllah suatu hari nanti kita pulak akan menjadi seorang jutawan..Cuba lah dan yakinlah yang memberi rezeki itu adalah Allah..renung2kn..





*taken from my senior's facebook.
betul-betul meresap dalam hati.
thanx
=D

Thursday, June 7, 2012

TIPS : Nak kempiskan perut?


assalamu'alaikum.

petang ni, macam biasa, tengok TV lagi,, ehehehe,,
insyaAllah malam nanti nak pegi Bangi,,
saje jalan-jalan,

ha! saya duk tengok Amazing Race skam ni,, emo nih, emo! ada group anak ngan bapak dia,, bapak dia tak leh nak buat halangan jalan atastali tinggi tapi dia macam paksa bapak dia buat,, bapak dia trauma tempat tinggi,, bayangkan lah kena jalan atas tali setinggi bangunan 55 tingkat! dah bapak ko tak dapat nak buat, kenapa ko tak pegi?! ok jangan emo kita sambung apa yang kita patut sambung,,

ok, ada 6 cara untuk kempiskan perut,,


Makan makanan yang betul

Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 



Tinggalkan makanan ringan

Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 



Berhenti makan lewat malam

Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 



Kurangkan minuman bergula dan soda

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 



Jangan berulang air ketika makan. Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulang dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit. 



Lakukan senaman kardio

Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.



#fakta : sit-ups tak dapat buat perut jadi kempis tapi boleh build up muscle kat perut untuk jadi 4/6packs. hanya senaman kardio a.k.a senaman yang boleh naikkan heartbeats macam jog atau berlari je boleh bakar lemak. tak note ye =D 



got it? good!
selamat kempis perut =D


source : Yahoo!

Wednesday, June 6, 2012

oh! Sepang


assalamualaikum

haip! saya kat Sepang sekarang ni,, 
sedang tengok tv,,
tak dapat nak tido lagi,,

PLUS

panaslah kat sini!
tengahari macam sauna,,
apekah?!
=.="

Friday, June 1, 2012

Dari Angkasa #2


assalamualaikum.

hai lama tak jumpa! (tak sampai 15minit saya cakap suh korang tidur,,) sila la bagi saya makan ubat tidur banyak-banyak =.="

akibat kebosanan dan saya masih tak dapat nak tidur! saya melepaskan geram ngan update lagi dan tambah lagi gambar,, muahahahaha! kesian korang =.=" 
jap! blog saya lambat nak loading ea? kesian kesian kesian,, tunggu saya renovate ea,, sekarang takde masa lagi,, uhu,,

okeng! jom terbang ke Jakertah =D


KLIA,, ni naik Garuda Indonesia =D

Kuala Lumpur








cantik kan awan? =D

Indonesia


my fav photo =D


kita men ni untuk hilangkan bosan tapi nak muntah ler pulakkkk =.="


kapal-kapal kat laut di Indonesia,, banyakkkkk~


done! cukuplah,, saya janji tak update dah malam ni,, esok lusa pulak kita terbang dari jakertah ke arab saudi ea,, ni betul betul dah,, tak tipu dah,, selamat malam semoga korang mimpi ngeri dua kali,, haha!
assalamualaikum =D

:: heart wif u ::