cikHUNNYSclick! click! click! nanti boleh saya dapat sekor hamster =D

PENG-stalker/s

cikHUNNYSWARNING! this blog contains alotalotalotalota of pictures. thank you =D. BEST VIEW WITH FIREFOX =D

Friday, August 19, 2011

info malam sabtu : kurus tak semestinya tak buncit

assalamualaikum

jarang saya tulis tentang info,, tadi jalan-jalan dengan mata & tangan,, lalu depan sebuah 'kedai' neyh,, nampak menarik lalu singgah la saya sebentar di 'kedai' tu,, kata tokei 'kedai' tu, awak walaupun kurus tak semestinya boleh makan sesuka hati tau! nanti buncit! maka berfikirlah saya sejenak,, eh! buncit tak cantik kot!!!! tidaaaaakkkkk! 

jadi, melalui perjalanan saya tadi, saya nak kongsi dengan anda semua kenapa kurus pun boleh jadi buncit,,


Dalam tempoh beberapa tahun ini anda telah mengambil lebih banyak kalori daripada yang badan anda mampu bakar. Jadi kalori berlebihan ini akan disimpan di dalam perut anda sebagai lemak.
Selama ini anda telah mengambil makanan-makanan yang tidak sihat. Contohnya nasi lemak, roti canai, kentang goreng, pisang goreng, cucur udang, nasi goreng, burger goreng, ayam goreng, fast food, maggi, kepak ayam, pizza, teh tarik dan sebagainya. Makanan-makanan ini mengurangkan sensitiviti insulin anda dan akan terus disimpan di dalam perut anda yang buncit.
Anda tidak bersenam secara konsisten sepanjang minggu ataupun mungkin sepanjang tahun. Sekiranya anda mengamalkan 'kejap ada, kejap takda' secara berterusan, anda tidak akan mampu membina otot dan akhirnya memudahkan pengumpulan lemak di dalam badan anda.
biasanya, kebanyakan orang mudah terpengaruh dengan produk weight gainer dari kedai-kedai supplement atau iklan-iklan TV. Jika anda mengambil weight gainer tetapi sekadar melakukan senaman dumbel di rumah sekali sekala, maka kalori berlebihan dari weight gainer itu akan turut tersimpan di dalam perut anda. 

haish~ =.=" janganlah jadi buncit ye wahai perut,,


sumber : sini =D

No comments:

:: heart wif u ::