cikHUNNYSclick! click! click! nanti boleh saya dapat sekor hamster =D

PENG-stalker/s

cikHUNNYSWARNING! this blog contains alotalotalotalota of pictures. thank you =D. BEST VIEW WITH FIREFOX =D

Wednesday, August 31, 2011

rumah ku terbuka

assalamualaikum

hari neyh buat rumah terbuka
dari semalam sampai petang saya bertungkus lumus menyiapkan roti jala & kuzi ayam
SEDAP!!!! =D

saya tunggu kawan saya datang
tunggu dan tunggu
saya faham
masing-masing balik kampung
tak pe .
nama pun raya

roti jala yang saya buat, habis kawan-kawan adik saya makan .
saya seronok walaupun sedih
tak pe .
nama pun raya

disebabkan itu, saya buat special roti jala untuk kawan saya yang datang .


HANYA SAYA YANG BUAT ROTI JALA CAMNI UNTUK KAWAN SAYA .

ada orang da buat ke? kalau ada, maafkan saya =D

saya tunggu dan tunggu sampai kul5 petang
&
akhirnya
datang jugak kawan saya .
kawan pertama saya yang datang & yang terakhir .

TERIMA KASIH WARDATI NAJIHAH.
awak pengubat saya untuk hari neyh
akan saya kenang awak sampai akhir hayat saya. =D

yang na datang tapi ta dapat datang,
tak pe,,
ada masa, sila la datang =D








p/s : nah, untuk awak cik wardati najihah,, saya tahu awak baca,, hikhikhik =D

1 SYAWAL 1432 HIJRAH









salam aidilfitri
maafkan kesalahan kata & tulisan saya
semoga syawal kali ni membawa makna kepada kita
&
ramadhan yang lepas dijadikan kayu ukur untuk ramadhan seterusnya semoga menjadi lebih baik
have a bless Eid =D

love,
Nik Nurfarhanis Kamarudin




 p/s : jemput datang ke rumah =D

Sunday, August 28, 2011

deraan cuti raya

assalamualaikum

seperti yang dijangka, memang hampir semua perantau da sampai umah memasing,,
termasuklah saya yang memang awal-awal lagi mengeluarkan diri dari tempat asing,,

konon ;
balik na simpan rumah .
balik na buat biskut raya . *biskut siput-DONE!
balik na siapkan baju raya .
balik na sopim raya .
balik na pegi bazar . * plissss,, skali pun xpe .
balik na men ngan sepupu kecik . * besar tak perlu .
balik na bersenang lenang .

semuanya KONON!

esaimen telah memusnahkan semua kononku,,

sebelum cuti, baik punyer mintak extend na hantar esaimen,,
lecturer cakap, ok,,
seronok lah kan sebab cuti lama ( seminggu cuti raya + seminggu PBS ),,
boleh tangguh lagi,, * memang manusia yang neyh suka tangguh .

TETAPI!

'pastikan esaimen kamu diE-MELkan kepada saya lepas cuti raya tak termasuk PBS kamu ya'

teknologi memang tak kenal raya =.="

sekian .



p/s : bila na selesai esaimen neyh! na raya lah!

Wednesday, August 24, 2011

ku hampir~



hampir meletup

meletup kepala
meletup hati

berkecamuk hati

serabut sangat

nasib baik rumate tenangkan

*terima kasih wahai rumateku,,
gelak tawamu sentiasa menjadi ubat di kala ku gila,,




Tuesday, August 23, 2011

jom ke sekolah!

assalamualaikum

Isnin, 22 Ogos 2011, 8.00 pagi
saya bersama rakan sekelas telah ke Sekolah Kebangsaan Pecah Rotan
dekat je ngan IPG
kalau jalan kaki pun sampai tapi penat la jugak

kami ditugaskan untuk mengenalpasti masalah dalam kalangan murid-murid
terutama dalam penguasaan Bahasa Melayu,,

humm,,
agak sedih sebenarnye bila tengok ada yang tak boleh na baca,,
darjah 6, slow je dapat baca,,
menulis pun macam merangkak,,

terfikir sejenak,,
macam mana nak ajar nanti?
kaedah ape nak guna?
alat bantu mengajar macam mana?
Ya Allah, tabahkan hatiku,,

memang tugas seorang guru,,
jadi, buat tugas dengan ikhlas,,
insyaAllah~

we're ready!
yang neyh da tua bangka!

bantulah dia wahai guru ='(








p/s : guru mengajar tapi murid tak faham = guru tak mengajar.

Monday, August 22, 2011

21 Ogos 2011


selamat hari jadi, nyah!
=D


puasa yang tak puasa

assalamualaikum

macam pelik je bunyi tajuk,,
kenapa puasa macam tak puasa?

puasa makan minum tapi tak puasa duit & sebagainya

sape yang buat tuh?!
SAYA =.="

semalam, kawan na pegi beli baju kat ASTAKA,,
kat bandar Terengganu neyh je,,

konon lah kan tak nak beli pape,,
saje na keluar teman kawan sebab sakit otak duk terperuk dalam bilik,,

sampai-sampai, hah!
hamek kau!
tengok beg, gila na beli beg!
tengok baju, gila na beli baju!

yang ajak keluar pulak, sepatutnya na pegi baju, hump!
satu pun tak beli =.="

last-last, saya beli baju kemeja,,
kaler kuning gitu,,
da lama carik,,
beg?
saya tersangatlah tak tahu na beli beg =.="

see?
puasa puasa jugak,,
duit berciciran keluar,,




p/s : saya penggila baju pelik,, yang pasti perlu lain dari orang lain =D

Saturday, August 20, 2011

list out dulu

2 lab reports
1 assignment kimia
1 assignment Murid & Alam Belajar

is equal to

mati den na siapkan 
=.="





p/s : semangat balik raya! siapkan! jangan duk men fb & blog! 

Friday, August 19, 2011

info lagi : sardin oh sardin

assalamualaikum

sardin . . . 
kalau sesape tak kenal, memang selama neyh dia tak hidup dalam dunia sebenar,, dia duk kat planet lain, mungkin,, Bill Gates pun tau sardin tu ape siap cakap 'owh! sardeyn etuw sewdap',, haha!

selama neyh, kita duk makan sardin, tak pulak kita tanya keburukan dia kan,, yang kita tau mak kita cakap sardin tu bagus! makan tulang ikan sardin tu lagi bagus sebab banyak kalsium! mak kita cakap tau! hah! yang duk kat hostel, duk umah sewa tuh, yang jauh dari rumah yang mak tak boleh masak untuk kita, stok sardin mesti ada kan?kan? tak payah nak tipu! dalam bilik saya pun ade neyh,, =.="

kenapa sardin jadik pilihan? sebab senang, murah & cepat! tak payah na tetak-tetak ikan dah! tetak tin cukup!

ehem! tahukan anda bahawa sardin sangat merbahaya? (buat-buat suara cam iklan =.=" )

pernah terfikir kenapa tulang ikan sardin jadi lembut? tulang ikan kembung kalau guna pressure cooker 3hari3malam pun tak lembut tau,, 

"Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah  ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan."

gerun? takut? itulah yang kita makan,, perlukan lebih pembacaan dan kepercayaan? 
silakan untuk klik di sini =D 






p/s : saya bukan penggemar sardin.

info malam sabtu : kurus tak semestinya tak buncit

assalamualaikum

jarang saya tulis tentang info,, tadi jalan-jalan dengan mata & tangan,, lalu depan sebuah 'kedai' neyh,, nampak menarik lalu singgah la saya sebentar di 'kedai' tu,, kata tokei 'kedai' tu, awak walaupun kurus tak semestinya boleh makan sesuka hati tau! nanti buncit! maka berfikirlah saya sejenak,, eh! buncit tak cantik kot!!!! tidaaaaakkkkk! 

jadi, melalui perjalanan saya tadi, saya nak kongsi dengan anda semua kenapa kurus pun boleh jadi buncit,,


Dalam tempoh beberapa tahun ini anda telah mengambil lebih banyak kalori daripada yang badan anda mampu bakar. Jadi kalori berlebihan ini akan disimpan di dalam perut anda sebagai lemak.
Selama ini anda telah mengambil makanan-makanan yang tidak sihat. Contohnya nasi lemak, roti canai, kentang goreng, pisang goreng, cucur udang, nasi goreng, burger goreng, ayam goreng, fast food, maggi, kepak ayam, pizza, teh tarik dan sebagainya. Makanan-makanan ini mengurangkan sensitiviti insulin anda dan akan terus disimpan di dalam perut anda yang buncit.
Anda tidak bersenam secara konsisten sepanjang minggu ataupun mungkin sepanjang tahun. Sekiranya anda mengamalkan 'kejap ada, kejap takda' secara berterusan, anda tidak akan mampu membina otot dan akhirnya memudahkan pengumpulan lemak di dalam badan anda.
biasanya, kebanyakan orang mudah terpengaruh dengan produk weight gainer dari kedai-kedai supplement atau iklan-iklan TV. Jika anda mengambil weight gainer tetapi sekadar melakukan senaman dumbel di rumah sekali sekala, maka kalori berlebihan dari weight gainer itu akan turut tersimpan di dalam perut anda. 

haish~ =.=" janganlah jadi buncit ye wahai perut,,


sumber : sini =D

Thursday, August 18, 2011

Wednesday, August 17, 2011

she & her Secret Recipe



memang dasar makan banyak!

assalamualaikum

oklah,,
disebabkan memang perut neyh besar
+
kawan-kawan yang memang perut besar jugak
maka,
pesta makan pun bermula!
macam biasa,,
makan taknak kalah!
nak jugak macam kedai punyer,,
pulun abih-abih ajak satu aras,,
hamek kau!






saje na kasik korang terliur,,
haha!





p/s : saje na gebang lebih,, tade pape pun,, hahahahahaha!

Tuesday, August 16, 2011

monster pet!

assalamualaikum

i have a new pet, Greeny =D
Greeny is soooooo cute!
actually, he is Fahmi's pet but I love Greeny so much & I declare Greeny as mine,,
haha!

Greeny love to eat candy,,
he's monster candy =D

meet my pet, Greeny the monster candy

my cute Greeny =D









p/s : listening to Banmal Song makes my heart melt =D

Monday, August 15, 2011

reggae!

assalamualaikum

opsss!
bukan na citer sal muzik reggae ye,,
ade something yang lebih menarik lagi!
jeng jeng jeng! =D







hikhikhik~
tapai reggae =D






p/s : hakcipta terpelihara.

Thursday, August 11, 2011

the don't

never talk bad about someone 
or
you will end up hating his/her for your whole life.

just keep it to yourself.

once revealed, all you can see is

THE BADNESS.



Tuesday, August 9, 2011

obsession ::












p/s : IT IS GIRLS' GENERATION NOW! =D

Monday, August 1, 2011

dia da mai dah!







oppss!
bukan saya jual biskut-biskut neyh,,
classmate yang jual,,
biskut dia chantek-chantek
PLUS
sedap jugak
=D

BIG is not big!

assalamualaikum
salam Ramadhan wahai ummat Muhammad
Alhamdulillah kita panjatkan syukur kerana masih sempat dipertemukan Ramadhan kali neyh

ok! hari Sabtu lepas iaitu 30 Julai 2011,
kelas saya ; ya bukan kelas awak . . .
telah melaksanakan BIG kedua kami.

BIG ialah Bina Insan Guru =D

peristiwa : BIG (khidmat masyarakat) ; bersihkan Pantai Batu Rakit
tempat : Pantai Batu Rakit ( depan IPG ; jalan pun sampai =.=" )
tarikh : 30 Julai 2011 ( 2hari sebelum pose )
masa : 7.45 pagi sampai 2.45 petang ( 7jam ye kat pantai )





KU ; maintain henchemmm ngan spek itam =D










p/s : buat bakal KU sem depan, kasik best lagi BIG kita k! =D

:: heart wif u ::