cikHUNNYSclick! click! click! nanti boleh saya dapat sekor hamster =D

PENG-stalker/s

cikHUNNYSWARNING! this blog contains alotalotalotalota of pictures. thank you =D. BEST VIEW WITH FIREFOX =D

Wednesday, June 22, 2011

selamat hari abah

assalamualaikum

walaupun dah beberapa hari terlambat, saya tetap nak tulis jugak,,
sebab?
bukan selalu kita nak hargai ayah kan? kan? selalunya ibu,,
sebelum saya teruskan penulisan, 
SELAMAT HARI ABAH =D

kenapa selamat hari abah, bukan selamat hari bapa? sebab saya panggil ayah saya abah, jadi saya nak letak hari abah =D PLUS macam tak sedap je bunyi selamat hari bapa =P

someone pernah potpet kat saya tentang hari hari neyh sume,,
kenapa perlu sambut hari guru, hari ibu, hari merdeka, hari ayah, hari wanita & sebagainya??
katanya lagi, tak perlu semua neyh,, kalau nak hargai, hari-hari boleh nak hargai,,
kenapa perlu ada hari?
saya buntu,,
saya bukan seorang yang boleh balas balik ape yang ditanya,,

apapun, saya tetap nak wish jugak =D

abah, seorang yang special buat diri saya,,

kejut saya bangun pagi untuk sembahyang subuh
ingatkan saya tentang sembahyang
hantar ambil saya sekolah
bagi duit makan saya
ajar saya bawak kereta
bawak saya pergi makan roti canai
kejut saya malam-malam untuk buat burger
kejut saya untuk ajar saya masak sup daging, gulai ikan
belikan saya 3 biji lappy
peneman shopping saya

abah seorang yang garang,,
selalu kena rotan kecik-kecik dulu ='(

segarang mana pun abah, bila abah baik, mesti saya & adik-adik tacing-tacing gitu,,

kalau bagitahu ibu esok nak exam, ibu cakap :

nanti solat hajat, mintak doa,, chek akan doakan kak long jugak,, buat exam elok-elok,,

tenang je masa dengar,,

kalau bagitahu abah esok nak exam, abah cakap :

nanti solat hajat, mintak doa,, abah akan doakan kak long jugak,, buat exam elok-elok,,

terus nanges ='(

cepat sangat lemah ngan abah sebab jarang abah cakap slow-slow gitu,, dari kecik, kenal abah dengan kegarangannya,, bila dah besar, cara layanan abah pun dah lain,, tu yang tacing cepat sangat,, bila nak pergi jauh, mesti kena salam abah dulu,, sebab tak nak abah nampak saya nanges,, nanges depan ibu takpe =D yang pasti, mesti tacing lebih bila salam cium abah,, haish =.="

terima kasih abah untuk jagaan abah selama neyh
terima kasih abah sebab ajar kak long masak
terima kasih abah sebab teman kak long shopping
terima kasih abah sebab bawak pegi makan roti canai feberet kak long
terima kasih abah sebab selalu risau kak long tak cukup duit
terima kasih abah untuk segala-galanya~

selamat hari abah buat abah yang tersayang, KAMARUDIN LAZID

No comments:

:: heart wif u ::